Lewati ke isi
Perpustakaan IAIN Langsa Bantuan Kebijakan IDEN
Repository IAIN Langsa
Bagian Buku Teks lengkap tersedia

Strategi Peningkatan Sharia Compliance Pada Industri Kewangan Syariah di Indonesia Dan Malaysia

DA
Dr. Abdul Hamid, MA NIP 197307312008011007 · Ekonomi Syariah · 2022

Abstrak

Industri kewangan syariah adalah lembaga yang melakukan operasi transaksi berdasarkan prinsip syariah atau Fatwa DSN-MUI. Di Indonesia, lembaga tersebut di awasi oleh Dewan Pengawas Syariah (DPS) dan di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS). Kedua-dua lembaga ini mempunyai kedudukan yang strategik meliputi, sebagai penasihat patuh syariah dan pengesahan manual terhadap operasi industri kewangan syariah. Selain itu DPS sebagai penghubung antara bank dengan Dewan Syariah Nasional (DSN) dalam menyampaikan usul dan saranan pengembangan produk dan perkhidmatan bank yang memerlukan kajian dan fatwa dari DSN. Kajian ini menggunakan metod normatif iaitu penelitian yang dilakukan terhadap asas undang undang, kaedah-kaedah hukum dalam erti nilai (norm), peraturan hukum dan sistem hukum. Dalam penelitian hukum normatif dapat dikaji pelbagai aspek, diantaranya teori perbandingan, formaliti dalam kekuatan undang-undang. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini, statute approach iaitu, dengan menelaah pada peraturan perundangan dan kebiasaan yang relevan dengan objek penelitian. Hasil penelitian menunjukan strategi peningkatan sharia compliance pada industri kewangan syariah dapat dilakukan melalui pendekatan bebas, posisi dan autoriti yang dimiliki oleh Dewan Pengawas Syariah (DPS) dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) terhadap pelaksanaan, penerapan pematuhan prinsip syariah kepada industri kewangan syariah.
Kata kunci: Sharia complianceDewan Pengawas Syariah (DPS) dan Majlis Penasihat Syariah (MPS)

Cara mengutip

Dr. Abdul Hamid, MA (2022) Strategi Peningkatan Sharia Compliance Pada Industri Kewangan Syariah di Indonesia Dan Malaysia. In: SWAPEN 3.0 : Seminar Wacana Pendidikan 2022. Memperkasakan Pendidikan Pasca Pandemik ; Penyelidikan Sebagai Solusi, - (-). Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Alor Setar, pp. 175-185. ISBN -
Tindakan petugas
Lihat karya Lihat karya