Dr. Abdul Hamid, MA, 197307312008011007 (2022) Strategi Peningkatan Sharia Compliance Pada Industri Kewangan Syariah di Indonesia Dan Malaysia. In: SWAPEN 3.0 : Seminar Wacana Pendidikan 2022. Memperkasakan Pendidikan Pasca Pandemik ; Penyelidikan Sebagai Solusi, - (-). Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Alor Setar, pp. 175-185. ISBN -
Text
DOC-20230406-WA0058..pdf Download (4MB) |
Abstract
Industri kewangan syariah adalah lembaga yang melakukan operasi transaksi berdasarkan prinsip syariah atau Fatwa DSN-MUI. Di Indonesia, lembaga tersebut di awasi oleh Dewan Pengawas Syariah (DPS) dan di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS). Kedua-dua lembaga ini mempunyai kedudukan yang strategik meliputi, sebagai penasihat patuh syariah dan pengesahan manual terhadap operasi industri kewangan syariah. Selain itu DPS sebagai penghubung antara bank dengan Dewan Syariah Nasional (DSN) dalam menyampaikan usul dan saranan pengembangan produk dan perkhidmatan bank yang memerlukan kajian dan fatwa dari DSN. Kajian ini menggunakan metod normatif iaitu penelitian yang dilakukan terhadap asas undang undang, kaedah-kaedah hukum dalam erti nilai (norm), peraturan hukum dan sistem hukum. Dalam penelitian hukum normatif dapat dikaji pelbagai aspek, diantaranya teori perbandingan, formaliti dalam kekuatan undang-undang. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini, statute approach iaitu, dengan menelaah pada peraturan perundangan dan kebiasaan yang relevan dengan objek penelitian. Hasil penelitian menunjukan strategi peningkatan sharia compliance pada industri kewangan syariah dapat dilakukan melalui pendekatan bebas, posisi dan autoriti yang dimiliki oleh Dewan Pengawas Syariah (DPS) dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) terhadap pelaksanaan, penerapan pematuhan prinsip syariah kepada industri kewangan syariah.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sharia compliance, Dewan Pengawas Syariah (DPS) dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) |
Subjects: | Muamalat > Keuangan Dalam Islam |
Divisions: | Fak. Ekonomi & Bisnis Islam > Ekonomi Syariah |
Depositing User: | mrs Editor Pustaka |
Date Deposited: | 13 Apr 2023 05:10 |
Last Modified: | 13 Apr 2023 05:10 |
URI: | http://digilib.iainlangsa.ac.id/id/eprint/3377 |
Actions (login required)
View Item |