Lewati ke isi
Perpustakaan IAIN Langsa Bantuan Kebijakan IDEN
Repository IAIN Langsa
Makalah Seminar/Konferensi Teks lengkap tersedia

Implementasi Kaedah Saintifik Dalam Kurikulum 2013 Bagi Guru Pendidikan Agama Islam (PAI) Pada Sekolah Menengah Atas (SMA) Dalam Provinsi Aceh

ZA
Zainal Abidin Ishak Pendidikan Agama Islam · 2017
Terbit di The 1st International Conference Of Islamic Pedagogy In Education 2017 hlm. 1–17

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kefahaman guru PAI tentang kaedah saintifik bagi implementasi kurikulum 2013 dalam merancang dan melaksanakan pembelajaran PAI pada Sekolah Menengah Atas (SMA) Bandar dan luar Bandar dalam Provinsi Aceh. Desain penelitian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (mixed method concurrent nested/concurrent embedded strategy) yang dilaksanakan pada 102 buah sekolah dengan menggunakan soal selidik dan 12 sekolah menggunakan temu bual. Penelitian ini melibatkan 211 guru PAI yang dipilih melalui persampelan porposive sampling, simple random sampling dan cluster sampling persampelan untuk kuantitatif dan 12 responden untuk kualitatif. Analisis data kajian kuantitatif menggunakan statistik inferensi melalui analisis ujian-t serta menggunakan analisis data temu bual bagi dapatan kualitatif. Kajian ini berfokus pada kaedah saintifik bagi guru Bandar dan Luar Bandar dalam implementasi kurikulum 2013 pada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam (PAI). Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan kemampuan guru PAI Bandar dan luar Bandar dalam memahami kaedah saintifik mengikut substansi daripada kurikulum 2013. Ini bermakna Guru dalam Bandar lebih memahami kaedah pembelajaran saintifik berbanding dengan guru PAI di luar Bandar.
Kata kunci: KaedahSaintifikPendidikan Agama Islam (PAI)Kurikulum 2013Perencanaan dan Pelaksanaan pembelajaran.

Cara mengutip

Zainal Abidin Ishak (2017) Implementasi Kaedah Saintifik Dalam Kurikulum 2013 Bagi Guru Pendidikan Agama Islam (PAI) Pada Sekolah Menengah Atas (SMA) Dalam Provinsi Aceh. In: The 1st International Conference Of Islamic Pedagogy In Education 2017, 29 November s/d 1 Oktober 2017, Universitas Pendidikan Sultan Idris, Perak , Malaysia.
Tindakan petugas
Lihat karya Lihat karya